Friday, 12 February 2010

spill it out

Cakap melayu. Nama pun org melayu kan. Semalam masa tanya patient mat salleh history tertanya 'you went to school apa?'... errrr. Nasib baik makcik tu konpius tak kisah, dah asyik ingat dia kat school dah terkonpius sama.

Baru perasan gila lama takde kawan melayu. Asyik kawan dengan org kaler kaler ngan mat salleh je. Macam diri sendiri takde kaler je. Last time kawan melayu agaknya last year. Junior medic. Skrg dia dah pindah ke Midlands keje sana. Tu pun bukannya keluar banyak pun cam tu je. Tapi ada abang ok la kot, tu yg tak perasan takde kawan melayu sgt. Dah tu jumpa dengan org melayu pun bukannya reti nak cakap apa. Takde topic. Unless kalau org tua sikit. Best sikit sbb banyak nasihat. Tapi mana nak cari org berumur banyak sikit kat tempat ni.

Gila homesick. Nak balik msia jumpa mak ayah adik adik. Mama bapak, opah, mak sedara, pak sedara. Selalunya balik sekurang kurangnya setahun sekali. Nih dah terlebih had dah. Asyik sebuk je memanjang, sampai bila pun sebuk. Nama pun dunia.

Abang takde hujung minggu ni, keluar jemaah. Dulu masa mula mula kahwin sampai masa abang nak keluar je air mata keluar mencurah curah. Yelah takde anak anak. Tapi kalau pasal keluar je abang sangat tegas. Nangis air mata darah pun agaknya dia pergi juga. Everything else dia akan mengalah kecuali yang ini. Sebelum keluar dia belikan groceries. Agaknya dia tahu isterinya tak shopping sakan kot, yelah camne nak shopping dengan dua anak kecil. Ni nak kena pikir activity apa nak buat hari ni dengan zahra dan abdullah. Kemas rumah and pergi library kot, mungkin pergi park. Setelah sekian lama akhirnya diri ini dah menerima kenyataan bahawa kemas rumah adalah kewajipan setiap hari and bukannya hujung minggu je.


Bunga bunga hati


Zahra 26 months sekarang dah cakap macam orang besar
'Abdullah tunggu nanti kakak datang'
'Sorry Abdullah' -bila ter bump into abdullah
'Makkk come niii Abdullah jatuh!!!!!!!!!' - bila Abdullah tumbang tersenget sikit from sitting position
'Abdullah..dangess...no no' - (dangerous, no no)
'Mummy, kakak nak bread please'
'Kakak see aeroplane flying high in the sky, where aeroplane mak?'

She knows the P's but not so much Q's.

Loves paper and pen. She did her wall artwork when she was about 14 months old. Panjat meja and took a permanent marker on the desk while I was asleep. Until now I have no idea macam mana dia panjat the chair and onto the desk because it was rather high. When I woke up I nearly fainted, and she was going 'oh no!' siap tutup mulut buat muka terkejut lagi (her Spot book ada Spot comot after painting going oh no). Jenuh cuci dinding katil. Last last bila pindah cat je dinding .

Ni draw bear pulak


Dengan snowman




Babies and cake



Abdullah pula? Suka main iphone. Jari kecik dia tu slide slide je kat screen. But still tanak crawl yet at 9 months. Dia takut tumbang. Takpe nanti kita extensive training.

Sayang anak anak comel tapi maknya homesick sikit!









1 comments:

apis585 said...

oh nampaknya aku jek yg masih blom mahu sedar diri (that cleaning is not weekly chores) hehe...